PENJEJAKKU~ :D

Friday, December 28, 2012

LAKSA JOHOR RECIPE

Bahan A 
 (direbus dan dikisar - asingkan)
  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 10 gram dibakar>>yg ni tak de stok
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
Bahan B 
(dikisar)
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas            
ulam2an
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • Kicap kipas udang / kicap manis

Sambal Belacan
  • lada merah 5/6 biji
  • Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji
  • Bawang Putih seulas

Cara-cara
  1. Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.
Penyediaan kuah
  1. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  2. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  3. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  4. masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  5. masukkan asam keping
  6. tambah garam dan gula untuk rasa
  7. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk

Sambal belacan
  1. mesinkan semua bahan dan hidangkan


Monday, November 26, 2012

penyakit kaki!ulat air.take note


Tinea Pedis



Ianya adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh oleh kulat parasit dipanggil dermatophytes dengan gejala kulit hodoh kering dan tidak stabil, radang merah atau melepuh, terutama antara jari kaki. Ia adalah hampir tidak menyakitkan tetapi dalam kes-kes yang teruk, ada boleh menjadi gatal-gatal dan terbakar pada jari kaki dan seluruh kaki. Ia bermula dengan kaki yang busuk yang dimana ramai orang menganggap tidak serius..
Disini saya ingin kongsi tip atasi masalah ni dan juga cara menangani nya..dengan semulajadi..
.Cuci kaki anda setiap hari.

2. Keringkan kaki anda dengan sempurna, terutamanya di antara jari kaki anda.

3. Elakkan kasut yang ketat. Pastikan kasut anda mempunyai ventilasi yang baik dan kering. Sandal terbuka-konservatif yang terbaik untuk cuaca panas. Pergi berkaki ayam apabila mungkin.

4. Elakkan stoking yang diperbuat daripada bahan sintetik. Pakai penyerap, stoking dari material kapas, dan tukar setiap hari.

5. Antiperspirants juga boleh digunakan untuk menjaga kaki kering. Atau, habuk serbuk anti-kulat ke dalam kasut anda.

6. Pakai flip-flop jika anda menggunakan tandas awam. Jangan berkongsi tuala atau kasut.

Monday, November 19, 2012

fikir-fikirkanlah sahabat

TOLONG LAH WAHAI SAHABATKU

Isu Palestin:

1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran

Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat 
kemanusiaan dalam hati.

Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.

Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,

"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"

Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?







KAWAN KAWAN SAYA MENYERU AGAR KITA TIDAK PUTUS BERDOA....SEMOGA USAHA KITA INI MEMBERI KEKUATAN KEPADA MEREKA  T.T

sahabatku baca ni skejap je.......

“Ketahuilah bahawa agamamu akan hilang

disebabkan empat perkara:

1. Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu
ketahui.

2. Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu
ketahui.

3. Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui, sehingga tetap bodoh.

4. Kamu melarang manusia untuk berusaha
mengetahui apa yang mereka tidak
mengetahuinya.”

Saturday, November 17, 2012

knapa KAU tidak makbulkn doa ku ?

SEPULUH SEBAB KENAPA DOA DITOLAK

1. KAMU MENGENAL ALLAH, TETAPI KAMU TIDAK TUNAIKAN HAK-HAKNYA.

2. KAMU BERKATA BAHAWA KAMU CINTA KEPADA RASULLUAH S.A.W TETAPI KAMU TINGAL SUNNAHNYA.

3. KAMU TELAH MEMBACA AL-QURAN TETAPI KAMU TIDAK AMAL DENGANNYA..

4. KAMU TELAH MENGGUNAKAN NIKMAT-NIKMAT ALLAH, TETAPI KAMUTIDAK BERSYUKUR PADANYA..

5. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH KAMU, TETAPI KAMU TIDAK MENENTANGNYA.

6. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYURGA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.

7. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA NERAKA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK LARI DARINYA.

8. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA MATI ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA…

9. KAMU BANGUN DARI TIDUR LALU KAMU MENCERITAKAN SEGALA KEAIBAN ORANG LAIN TETAPI KAMU LUPA TENTANG KEAIBAN KAMU SENDIRI.

10. KAMU KEBUMIKAN MAYAT SAHABAT KAMU, KAMU TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKHTIBAR DARI KEMATIAN NYA……..

Thursday, November 15, 2012

help palestin!


Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan

putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?



Wednesday, November 14, 2012

jom baca al mulk sebelum tidur :)

‎[ Surah As Sajadah & Surah Al Mulk ]

Surah ini menyelamatkannya daripada azab
kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada
malam hari. Seseorang yang membacanya

pada malam hari telah melakukan banyak
ibadah dan telah melakukan satu amalan
yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan
tidur melainkan setelah membaca surah As
Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat
(mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan
seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar
lagi cerdik

pimpin aku.salam maal hijrah





ALHAMDULLILAH!pembukaan buku baru.semoga thun ini dihiasi dgn halawatul iman dan amalan yg lebih baik dr thn lps...lets change!insyaallah:D









Kadang-kadang aku lalai yaallah...pimpinlah hambamu yang lemah ini.
Semoga semuanya diberkati dan diredhai Allah azza wa jalla dalam usaha hijrah mencari redhaNya

Monday, November 12, 2012

masa kita~

yang paling JAUH bukannya BINTANG, bukan MATAHARI bukan juga REMBULAN..


Tapi Adalah MASA LALU dan takkan kembali.. SEMALAM yang luput menjadi secangkir KENANGAN.. KELMARIN yang terluput mengukir SESALAN...


yang ada Hanyalah HARI INI dan AKAN DATANG. gunakanlah HARI INI sebaik mungkin kerana SEMALAM telah pergi buat SELAMANYA Dan HARI ESOK Belum pasti Milik kita.

Sunday, November 11, 2012

nice reason !

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Saturday, November 10, 2012

saya!!


Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak . 
Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya .

Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak .
Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT IBU AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain .

Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH .
saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya . :)

bila lelaki akan menjadi DAYUS??

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.



Mungkin kita akan berkata dalam hati :-




” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :


من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman

Friday, November 9, 2012

rambut x sama tapi sekepala

Takkan Terpisah . 3 Sekawan . Rambut Tak Sama Tapi Sekepala . Tak Sedarah Tapi Bersaudara . Sumpah Tuk Brsama . Takkan Terpisah Biar Tsunami Melanda . Pusing Dunia Berjanji Setia . Susah Senang Kami Menang . Ibarat KL Dengan Trafik Jem . Cam Burung Biru Dengan Muka Buku . Tetap Rapat Kami Hebat Cam Budak Hipster Dengan Jeans Ketat . Kami Sempoi , Kami Gempak . Ngam2 Cam Segi Tiga Tepat . Suara Berbeza Pilihan sama Fahami Jiwa Kami Buddyz Kami Tak Kan Terpisah..

Monday, November 5, 2012

MADU!ori ke tak? baca ni...

1)sekiranya 100% pure,semut akan hurung,kerana madu adalah minuman yang paling disukai pada sekecil-kecil serangga dan sebesar-besar beruang.

2)sekiranya penutup dibuka,ianya akan meletup...plup..ini kerana gas semulajadi yg ada pada madu itu bertindak balas.

3)letak setitis pada kertas dan lihat perbezaannya dgn air....sekiranya madu dititiskan pada kertas,ianya akan berbentuk bulat cantik manakala air sekiranya dititiskan ianya akan serap pada kertas.

4)sekiranya diminum sebotol madu bagai meminum air sprite...badan akan menjadi panas semulajadi,ini adalah tindak balas madu itu sedang membaiki salur darah dan saraf anda.

5)sekiranya anda mempunyai penyakit astma atau lain-lain penyakit...tolong minta khidmat pakar madu untuk meminum madu..dikhuatiri anda akan pengsan sekiranya minum madu dgn cara yg salah kerana badan anda berpenyakit...berkemungkinan cara madu bertindak balas adalah effektif sehingga menyebabkan pengsan.

Wednesday, October 31, 2012

memilih




~✿>> Sekalipun dia punyai BANYAK DOSA pada Allah, siapa kamu untuk MENCELANYA? Sedangkan DOSAMU BERTIMBUN dan PENGAKHIRANMU belum pasti DIBERI SYURGA..

p/s : Semuanya BERMULA DARI HATI, kerana itulah betapa pentingnya BERSANGKA BAIK pada insan yang lain..kita TIDAK SELAMANYA BETUL dan dia TIDAK SELAMANYA SALAH..♥♥

menanti khabarmu







♥ ♥ ♥ 
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
 " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 




✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia b
erjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. 

Saturday, October 13, 2012

kenapa?




Kenapa pilih SEDIH jika ada GEMBIRA
Kenapa pilih DUKA jika ada SUKA..
Kenapa pilih DERITA jika ada BAHAGIA

Jika hidup Memberi 100 alasan untuk MENGELUH
Ingatlah ALLAH memberi ALASAN TAK TERHINGGA untuk Syukur
Dan sedarilah kita punya Jutaan alasan tak terhingga untuk TERSENYUM


senyum dan yakinlah



sahabat ku syg,,,
senyum dan yakinlah~
Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..

kuatlah wahai hatiku....
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..

wahai hatiii sabarlahh,,,,
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..




there tears in my smile

Friday, October 12, 2012

aku sedang menanti

meski dirimu bkn milik ku
namun hti ttp utkmu
berjuta pilihan disisiku
ttp tak boleh menggantikan mu
walau bagaimana pun
cintamu xkn ku lps
berikan ku kesempatan 
utk mmbuktikan ku mampu jd yg terbaik
dan mesti jd yg terbaik

ku akan menanti meski harus penantian pnjang
ku akn setia menuggumu
ku tahu kau hnya utkmu
biarla waktu ku hbs oleh penantian ini
hingga kau percaya btapa besar cintaku.
ku ttp menanti...
KU TETAP MENANTI :(

CREDIT TO ZACHARIA ISKANDAR MAHMUD

Thursday, October 11, 2012

mohon ketengan dari mu Allah

Merinduimu sudah mnjadi satu ujian yg sgt besar buat ku.
hanya sabar yg membina topeng keceriaan agar dpt menutupi apa yg tersurat dlm hati.
lima hr mnyepi,aku mendapat berita dia berada unit rawatan rapi
menjalani pembedahan membuang darah beku di otak.
semuanya kerana kemalangan di site tempoh hari.tidak menyangka pesanan mnyuruh aku jaga diri rupanya ibarat wasiat drnya.

terputus hubungan dgnmu mmbuat aku tidak mampu bertahan kini.
tp aku percaya allah itu maha adil.
die lebih menyayangi mu dr aku mnyayangi kamu~ sbb tu Allah beri dirinya ujian sbegitu.
hanya berserah kepadanya dgn apa sahaja kehendaknya, aku percaya
Allah hanya memberi hmbanya ujian kiranya dia mampu menghadapi.
aku yakin itu.

aku sentiasa memohon agr engkau peroleh kesihatan seperti dulu,
ceria, gembira.pastinya aku sgt merindui tawamu....
aku tidak mampu menyumbang apa2 buat dirimu,maafkan aku.
yang ku mampu hanyalah berdoa buatmu agr kau kembali spt dulu.

aku tidak mngadu kpd sesiapa melainkan kepadamu allah.
aku mencintai dia~bantu aku yaallah...kuatkn hatiku.

kau berilah zachariaiskandarmahmod kekuatan untuk terus menikmati nikmat sihat yang pernah kau pinjamkan kapedanya YaAllah. AMINN

Tuesday, October 9, 2012

Perubahan itu perlu jika menggembirakan semua pihak di sekeliling kita



1.Mulalah berubah supaya anda menjadi


lebih yakin dengan diri anda sendiri Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.Tidak mungkin jika kita mahu mengajakorang lain berubah padahal diri sendirimasih berada pada takuk lama.


2.Lakukan perubahan secara perlahan-

lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan,dengan izin Allah kita dapat berubahseperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.


3.Lakukan perubahan pada masa sekarang.


Jangan bertangguh untuk tempoh yanglama. Ini kerana semakin lama kitabertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.


4.Berusaha untuk berubah dengan niat

yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.


5.Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi

perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.



Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya

Sunday, September 23, 2012

hai si rama-rama indah

one day, mcm biasa aku terbaca satu artikal dlm sebuah mjalah favourite aku,,dn aku sgtlah tertarik dgn kisah si rama2 dan seorang pemburu,,,yg mana boleh dijadikan pengajaran hidup sekalian manusia~

ada seorang pemburu yg sdg memburu rusa di hutan...sudah lama dia memburu,tp tidak membuahkan hasil. lantas duduk seketika di bawah pohon rimbun untuk berehat. ketika meneguk minuman, tiba2 si pemburu ternama seekor ulat beluncas didalam kepompong,sedang berasaha meloloskan diri dr satu lubang kecil..kelihatan sangat payah.

si pemburu berasa sgt kasihan dan menolong ulat beluncas trsebut. setelah beberapa ketika, seekor rama2 yg sangat cantik berjaya keluar dan trbang di udara.. si pemburu berasa puas kerana berjara menolong rama2 tersebut. namun begitu,, rama2 tersebut jtuh ketanah. si pemburu terbut sgt terkejut mendapati rama2 itu tidak lg bergerak malah ia sudah mati!

secara saintifiknya kawan2, rama2 perlu berusaha sendiri untuk keluar dr kepompong nya yang mana usahanya itu adalah cara sirama2 membina kekuatan untuknya menjadi seekor rama2 yang kuat dan sihat. disebabkan si pemburu td membantu sirama2 keluar dr kepompong,rama2 trsebut tiada kekuatan untuk hidup.akhirnya sakit dan mati! jelaslah ujian allah memberi kekuatan jiwa kepada kita~ <3

berbalik kepada kehidupan harian kita, allah berikan dugaan kita kerana dia tahu kita mampu dan kuat menghadapinya, jika segalanya berjalan dgn lancar dlm hidup manusia,mereka cenderung utk mengambil mudah terhadap pekara yang berlaku dlm hidupnya.jika mereka meletakkan matlamat,mreka tidak hirau utk merancang, mencari ilmu dan mempertingkatkan diri kerana dgn mudah mreka boleh mencapai matalamat tersebut.

wallah wa'lam.(nukilan asal hilmi isa)

Saturday, September 1, 2012

wahai wanita~

dlm pada aku baca artikal2 yg ada
aku tertarik dgn satu artikal 

is abaout wanita.
dan aku sng hti nya nk sharelah



Wanita ibarat lilin... namun sebagai seorang wanita kita harus sedar akan tanggungjawab yang diberikaan... bukannya mudah untuk menjadi wanita yang benar-benar menjiwai peranannya.. 

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan
menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan
dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah .ha. dan Maimunah .ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam.
Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik
kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka
ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya." >

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib .a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
· Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
· Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari .ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum
engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia
menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku. Aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t.maka jagalah baik- baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
pergi. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
pergi. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
a. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
b. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
c. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
pergi. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
dan. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa lah hawlawalaquwataillabillahi 'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie
masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk
mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kitasecara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah



wallahwa'lam

nikah khitbah



dlm umur klimaks remaja niii,,,
aku insan biasa eccehh
ade lah jgk keinginan 
kahwin2 ni kn.hoho

tp muda lg kot..blaja pon x hbs lg.
but then,,one day,,,
ada classmate aku post psl nikah khitbah
ape tu?
nikah gantungggg
boley ke?

aku pon search laaa..nk twu kbenaran kn..

Nikah Khitbah satu Alternatif
Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

(hei zina tu bkn dr aspek persetubuhan je k,,,,zina mata, zina hati
pekara2 yg mendekati zina di kira zina)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

•Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
•Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
•Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
•Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
•Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
•Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
•Merendahkan hantaran perkahwinan

 Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
•Suami
•Isteri
•Wali
•Saksi
•Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
•Masih menuntut di kolej atau uniersiti
•Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
•Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.Salam mujahadah..(^-^) wallahwa'lam



ermm rindu2 pon sudah dikira zina hati
astafirullah alazim :(