PENJEJAKKU~ :D

Tuesday, October 9, 2012

Perubahan itu perlu jika menggembirakan semua pihak di sekeliling kita



1.Mulalah berubah supaya anda menjadi


lebih yakin dengan diri anda sendiri Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.Tidak mungkin jika kita mahu mengajakorang lain berubah padahal diri sendirimasih berada pada takuk lama.


2.Lakukan perubahan secara perlahan-

lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan,dengan izin Allah kita dapat berubahseperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.


3.Lakukan perubahan pada masa sekarang.


Jangan bertangguh untuk tempoh yanglama. Ini kerana semakin lama kitabertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.


4.Berusaha untuk berubah dengan niat

yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.


5.Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi

perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.



Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya

No comments: