PENJEJAKKU~ :D

Saturday, September 1, 2012

nikah khitbah



dlm umur klimaks remaja niii,,,
aku insan biasa eccehh
ade lah jgk keinginan 
kahwin2 ni kn.hoho

tp muda lg kot..blaja pon x hbs lg.
but then,,one day,,,
ada classmate aku post psl nikah khitbah
ape tu?
nikah gantungggg
boley ke?

aku pon search laaa..nk twu kbenaran kn..

Nikah Khitbah satu Alternatif
Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

(hei zina tu bkn dr aspek persetubuhan je k,,,,zina mata, zina hati
pekara2 yg mendekati zina di kira zina)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

•Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
•Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
•Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
•Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
•Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
•Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
•Merendahkan hantaran perkahwinan

 Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
•Suami
•Isteri
•Wali
•Saksi
•Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
•Masih menuntut di kolej atau uniersiti
•Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
•Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.Salam mujahadah..(^-^) wallahwa'lam



ermm rindu2 pon sudah dikira zina hati
astafirullah alazim :(

No comments: