PENJEJAKKU~ :D

Sunday, October 20, 2013

nasihat sebelum berkeputusan kahwin awal

Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. 
Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,
"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

***

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."
"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.
"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baek adalah untuk oerempuan yang baek. Anak perempuan saya belum cukup baek,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baek."
Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.

Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.
Antara tip laen yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.
"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"
Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang lain salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips Dr!

# SEBARKAN agar ibu bapa dan rakan-rakan membacanya!



TULISAN : Aidil Sahipaludin ( Pakar diari hati)

No comments: