PENJEJAKKU~ :D

Monday, November 26, 2012

penyakit kaki!ulat air.take note


Tinea Pedis



Ianya adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh oleh kulat parasit dipanggil dermatophytes dengan gejala kulit hodoh kering dan tidak stabil, radang merah atau melepuh, terutama antara jari kaki. Ia adalah hampir tidak menyakitkan tetapi dalam kes-kes yang teruk, ada boleh menjadi gatal-gatal dan terbakar pada jari kaki dan seluruh kaki. Ia bermula dengan kaki yang busuk yang dimana ramai orang menganggap tidak serius..
Disini saya ingin kongsi tip atasi masalah ni dan juga cara menangani nya..dengan semulajadi..
.Cuci kaki anda setiap hari.

2. Keringkan kaki anda dengan sempurna, terutamanya di antara jari kaki anda.

3. Elakkan kasut yang ketat. Pastikan kasut anda mempunyai ventilasi yang baik dan kering. Sandal terbuka-konservatif yang terbaik untuk cuaca panas. Pergi berkaki ayam apabila mungkin.

4. Elakkan stoking yang diperbuat daripada bahan sintetik. Pakai penyerap, stoking dari material kapas, dan tukar setiap hari.

5. Antiperspirants juga boleh digunakan untuk menjaga kaki kering. Atau, habuk serbuk anti-kulat ke dalam kasut anda.

6. Pakai flip-flop jika anda menggunakan tandas awam. Jangan berkongsi tuala atau kasut.

Monday, November 19, 2012

fikir-fikirkanlah sahabat

TOLONG LAH WAHAI SAHABATKU

Isu Palestin:

1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran

Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat 
kemanusiaan dalam hati.

Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.

Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,

"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"

Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?







KAWAN KAWAN SAYA MENYERU AGAR KITA TIDAK PUTUS BERDOA....SEMOGA USAHA KITA INI MEMBERI KEKUATAN KEPADA MEREKA  T.T

sahabatku baca ni skejap je.......

“Ketahuilah bahawa agamamu akan hilang

disebabkan empat perkara:

1. Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu
ketahui.

2. Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu
ketahui.

3. Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui, sehingga tetap bodoh.

4. Kamu melarang manusia untuk berusaha
mengetahui apa yang mereka tidak
mengetahuinya.”

Saturday, November 17, 2012

knapa KAU tidak makbulkn doa ku ?

SEPULUH SEBAB KENAPA DOA DITOLAK

1. KAMU MENGENAL ALLAH, TETAPI KAMU TIDAK TUNAIKAN HAK-HAKNYA.

2. KAMU BERKATA BAHAWA KAMU CINTA KEPADA RASULLUAH S.A.W TETAPI KAMU TINGAL SUNNAHNYA.

3. KAMU TELAH MEMBACA AL-QURAN TETAPI KAMU TIDAK AMAL DENGANNYA..

4. KAMU TELAH MENGGUNAKAN NIKMAT-NIKMAT ALLAH, TETAPI KAMUTIDAK BERSYUKUR PADANYA..

5. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH KAMU, TETAPI KAMU TIDAK MENENTANGNYA.

6. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYURGA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.

7. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA NERAKA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK LARI DARINYA.

8. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA MATI ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA…

9. KAMU BANGUN DARI TIDUR LALU KAMU MENCERITAKAN SEGALA KEAIBAN ORANG LAIN TETAPI KAMU LUPA TENTANG KEAIBAN KAMU SENDIRI.

10. KAMU KEBUMIKAN MAYAT SAHABAT KAMU, KAMU TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKHTIBAR DARI KEMATIAN NYA……..

Thursday, November 15, 2012

help palestin!


Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan

putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?



Wednesday, November 14, 2012

jom baca al mulk sebelum tidur :)

‎[ Surah As Sajadah & Surah Al Mulk ]

Surah ini menyelamatkannya daripada azab
kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada
malam hari. Seseorang yang membacanya

pada malam hari telah melakukan banyak
ibadah dan telah melakukan satu amalan
yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan
tidur melainkan setelah membaca surah As
Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat
(mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan
seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar
lagi cerdik

pimpin aku.salam maal hijrah





ALHAMDULLILAH!pembukaan buku baru.semoga thun ini dihiasi dgn halawatul iman dan amalan yg lebih baik dr thn lps...lets change!insyaallah:D









Kadang-kadang aku lalai yaallah...pimpinlah hambamu yang lemah ini.
Semoga semuanya diberkati dan diredhai Allah azza wa jalla dalam usaha hijrah mencari redhaNya

Monday, November 12, 2012

masa kita~

yang paling JAUH bukannya BINTANG, bukan MATAHARI bukan juga REMBULAN..


Tapi Adalah MASA LALU dan takkan kembali.. SEMALAM yang luput menjadi secangkir KENANGAN.. KELMARIN yang terluput mengukir SESALAN...


yang ada Hanyalah HARI INI dan AKAN DATANG. gunakanlah HARI INI sebaik mungkin kerana SEMALAM telah pergi buat SELAMANYA Dan HARI ESOK Belum pasti Milik kita.

Sunday, November 11, 2012

nice reason !

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Saturday, November 10, 2012

saya!!


Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak . 
Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya .

Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak .
Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT IBU AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain .

Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH .
saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya . :)

bila lelaki akan menjadi DAYUS??

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.



Mungkin kita akan berkata dalam hati :-




” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :


من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman

Friday, November 9, 2012

rambut x sama tapi sekepala

Takkan Terpisah . 3 Sekawan . Rambut Tak Sama Tapi Sekepala . Tak Sedarah Tapi Bersaudara . Sumpah Tuk Brsama . Takkan Terpisah Biar Tsunami Melanda . Pusing Dunia Berjanji Setia . Susah Senang Kami Menang . Ibarat KL Dengan Trafik Jem . Cam Burung Biru Dengan Muka Buku . Tetap Rapat Kami Hebat Cam Budak Hipster Dengan Jeans Ketat . Kami Sempoi , Kami Gempak . Ngam2 Cam Segi Tiga Tepat . Suara Berbeza Pilihan sama Fahami Jiwa Kami Buddyz Kami Tak Kan Terpisah..

Monday, November 5, 2012

MADU!ori ke tak? baca ni...

1)sekiranya 100% pure,semut akan hurung,kerana madu adalah minuman yang paling disukai pada sekecil-kecil serangga dan sebesar-besar beruang.

2)sekiranya penutup dibuka,ianya akan meletup...plup..ini kerana gas semulajadi yg ada pada madu itu bertindak balas.

3)letak setitis pada kertas dan lihat perbezaannya dgn air....sekiranya madu dititiskan pada kertas,ianya akan berbentuk bulat cantik manakala air sekiranya dititiskan ianya akan serap pada kertas.

4)sekiranya diminum sebotol madu bagai meminum air sprite...badan akan menjadi panas semulajadi,ini adalah tindak balas madu itu sedang membaiki salur darah dan saraf anda.

5)sekiranya anda mempunyai penyakit astma atau lain-lain penyakit...tolong minta khidmat pakar madu untuk meminum madu..dikhuatiri anda akan pengsan sekiranya minum madu dgn cara yg salah kerana badan anda berpenyakit...berkemungkinan cara madu bertindak balas adalah effektif sehingga menyebabkan pengsan.